SALAM AIDILADHA

Nov 30, 2009

sambutan aidil adha kali ini amat bermakna untuk saya!
'pengorbanan' meninggalkan anak membuatkan saya benar-benar menghargai zahraa dalam hidup saya *sayu*
ohhh saya menangis semahu-mahunya saat memeluk zahraa *yang sedang tidur* setelah 2 minggu saya meninggalkannya!
sedih!dan sayu!
dan..
aidiladha kali ini juga bermakna bila incik somi berkorban untuk saya!
eh bukan berkorban apa ya!
cuma incik somi hadiahkan satu bahagian lembu yang akan di korbankan bagi pihak saya!
ohhhh thanks b! ini membuatkan daku lebih menyanyangimu *ayat bodek sket hehehe*
(korban tahun lepas untuk anakanda..tahun ini dinda..adakah tahun depan untuk kanda?atau...anakanda kedua? *winkwink*)
ohhh ohhhh ohhhh!*mengerdip-ngerdip mata*

aidiladha kali ini saya tidak kemana-mana
dan tidak berbuat apa-apa!
saya mengalami sakit perut (dan sakit-sakit keseluruhan badan)!*ada angin katanya*
ohh bukan di sebabkan daging ye!
mungkin sebab lama duduk di kerusi..
saat mengikuti training (yang duduk je 24 jam mendengar ceramah!) atau duduk lama tika bekerja..
atau duduk lama kala belajar *pembohongan yang nyata!hehehehe*
saya kembali menjalani keadaan seperti waktu berpantang...
berurut dan bertungku!
aduh..memang menyeksakan badan!
saat perut saya seperti dicucuk-cucuk!mmg sakit!
eh ada anak kecil seperti saya..bolehkah minum air coke ye?
gatal mulut nak minum coke kunun-kunun anak dah setahun!*dah boleh lepas tempoh berpantang*
sebelum ni mmg saya tak minum coke pun!tiba-tiba mengidam lak!
*bukan ngidam nak dapat adik ye!*
lepas minum tu yang perut tetiba meragam..
adakah mungkin kerana penangan coke itu ek?
*ohhh ku tak beritahu bonda pun..takut kena marah laa*

jadi..
sambutan aidiladha saya kali ini di dalam rumah sahaja!
tak sempat nak berjalan-jalan..
dan bershopping sakan di bandar grik seperti biasa!
*selamat duit saya!kata incik somi*

nota kaki :
abang ipar saya kembali bekerja di luar negara (ke new zealand)
saya tau jiwa dia bukan di malaysia!
walaupun dia tak baca blog ini (tapi saya tau kakak saya pasti baca!)
doa saya semoga pemergian abanglong kali ini membawa 'sesuatu' kepada keluarganya!
saya tahu abanglong saya lebih tabah dan cekal hidup di negara orang berbanding di Malaysia!gud luck abanglong! take care!
*saya akan lebih gigih menyimpan duit untuk kesana!*

3 comments:

Fid said...

cik munira
apasal le akak susah benar nk masuk blog awak ni ya?
selamat aidil adha
nak daging 2kg! hahahahaa
gurau gurau ja yaaa...

nurul_ain said...

salam......kak munira sy ade bnde penting nk bgtau k.munira dgn k.nora..tlg email sy klu bce ain_nurul8821@yahoo.com.bnde ni penting sgt2...........plz...

FARIZ said...

weh abg long g obersea balik?
pelik dan ajaib.
kaklong xpolow skali ker?

lupe nk bgtau, blog aku da berjalan seperti biase setelah lame menyepi. haha

    Search This Blog

    Loading...