Parenting : Cara Mendidik Anak Tanpa Bantuan Rotan
Mar 1, 2011
Berhadapan dengan kanak-kanak usia 2 tahun menuntut kesabaran yang tinggi!
kesabaran sememangnya perlu di tahap tertinggi!
tanpa kesabaran yang tinggi, anak mungkin akan mengalami penderaan..jika tidak fizikal mungkin mental dan emosinya!ohh yang ini yang harus saya jauhkan!
bimbang emosinya tertekan, dan memori ini tersimpan lama dan mungkin akan di guna semula apabila meningkat dewasa!
Di usia dua tahun, anak sudah mampu melakukan pelbagai perkara!
dari yang elok-elok hinggalah yang mampu menggugat jiwa raga!
di usia inilah dia belajar pelbagai perkara dari pemerhatiannya!
memerhatikan tingkah laku nya dan apa kesan dari perbuatannya!
ohhh sejak zahraa menginjak ke usia dua tahun,
saya terpaksa memandang setiap perkara dengan pandangan yang berbeza!
zahraa kehilangan botol minumannya *dan mommynya tak beli-beli hingga sekarang*
menunggu masa untuk ke SOGO dan membeli botol air 'princess'!
SOGO?tempat lain pun ada!tapi ini hanya alasan untuk saya kesana hehehehehe
dan princess? iya..anak saya sangat gilakan princess buat masa kini!
hinggakan menganggap dirinya 'PRINCESS AURORA'
dan kerana botolnya hilang..saya berikan cawan
kuantiti air yang dia minum agak berkurangan berbanding minum dengan menggunakan botol!
dan bertambah berkurangan apabila satu 'tabiat baru' yang baru dia tahu dan mampu dia lakukan!
zahraa minum...berkumur dan luahkan!minum..kumur dan luahkan!
dan air minuman akan bersepah-sepah di serata alam!
memang menduga iman, dan menduga emosi dan akal!
Permulaaan, memang saya marah, dan zahraa terpisat-pisat kesedihan!
saya letakkan kain dan paksa dia lap segala kekotoran!*paksa!iya..saya memaksa anak sekecil zahraa melakukannya!dan ini kesilapan saya yang tidak dapat di maafkan!*
namun ini bukan jalan penyelesaian terbaik kerana zahraa buat perkara yang sama untuk kali ke dua!
Bila perbuatan di ulang kali kedua, bermakna pengajaran yang pertama tidak sampai ke tahap pemikiran anak.
Pada pandangan ramai, mungkin itu untuk pengajaran!Dan melatih anak melakukan kerja 'bersih-membersih' ini secara tak langsung!
tapi saya rasa tak sanggup..bila memikirkan bila saya tua nanti dan tak mampu minum sendiri..dan air tumpah di serata alam, anak akan marah-marah dan ambil kain lempar pada saya suruh lapkan!
ohhhhh tak sanggup!tak sanggup memikirkan hingga ke tahap itu!
dan kerana itu saya tak memaafkan perbuatan saya marahkan zahraa dan menyuruh si kecil saya lap minuman tersebut!bimbang jika ajaran itu tersimpan di fikiran!
Dan penyelesaiannya, saya anggap ini satu pengajaran dan permainan!
memandang dunia dengan perkara yang berbeza..dan perkara yang berbeza itu adalah dari sudut pandangan kanak-kanak itu sendiri!
zahraa mungkin baru mengenal erti berkumur!dan teruja kerana air boleh di gerak-gerakkan di dalam mulut dengan bantuan seluruh anggota mulut!
dan cuba untuk menyembur air itu keluar untuk melihat tahap tekanan air bila di luahkan/semburan!
Dan saya menerangkan perkara itu satu persatu dan membuat eksperimen di bilik air!
saya berkumur dan buat semburan!
terkekek-kekek zahraa ketawa bila air di semburkan!dan dia tahu bagaimana nak buat semburan perlahan dan semburan laju!
dan itu menjadi pengajaran di bilik air yang menyeronokkan!
hasilnya, zahraa tetap menyembur-nyembur air apabila minum air minuman..
dan saya hanya berkata 'zahraa,sembur air hanya di bilik air dan bukan di 'serata alam''
kan mommy dah kata, nanti kuman 'bertebaran!' germ merata-rata dan kita akan sakit, sayang!
dan alhamdulillah, sedikit sebanyak pengajaran ini berkesan!
boleh lihat aktiviti 'sembur-sembur' zahraa ni berkurangan!
kan saya kata, berhadapan dengan kanak-kanak 2 tahun memang mencabar kan?
nota kaki dan mulut :
adik ipar saya soft spoken, bila bercakap dengan anak memang lembut dan penuh sopan santun!
dan setiap hari sebelum ke tempat kerja, dia akan menasihati anak sedara saya yang berusia 9 bulan tu dengan lemah lembut dan penuh berhemah!
kagum dengan apa yang dia lakukan!
kerana tone suara saya bila berhadapan zahraa memang 'berlainan!' hehehehehe
oppss incik suami selalu juga berpesan,
jangan lupa ajaran Rasulullah, umur anak yang baru lahir sehingga ia mumayyiz, hendaklah mendidik mereka dengan cara bergurau dan penuh kasih sayang! Sesungguh ini yang menjadi panduan!
7:14 AM
|
Labels:
Parenting Tips,
Sharing,
zahraa
|
This entry was posted on 7:14 AM
and is filed under
Parenting Tips
,
Sharing
,
zahraa
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








6 comments:
i'll remember this an dtry to adapt to SN jugak. kdg2 mommy berubah jd dragon bila dah penat, anak pula sepah2kan air ye dak...bila i rasa nak naik angin, I akan ingat entry u nih :)
yatie
ai pun terkadang jadi dragon jugak, tapi bila tengok anak sayu je kena marah , ai pulak jadik sebak.dat y tak jadi nak marah selalu...
tapi some parents tak boleh accept dis kind of teaching kan?kata, nak ajar anak kena tegas, tapi for me, belum masa lagi kut!tapi sometimes, kena tegas juga, tapi depend on situation!
Wahaha..terasa! Saya sedar sekarang ni saya semakin garang. maklumlah anak dah nak masuk 2tahun. Kena pulak kalau tak sihat atau nak peot.
Sofiy ni, cengeng dan ciwek. Dalam hati ada bunge, sensitif yg amat.Kalau umi tegur elok-elok dengan ton suara yang mendatar pun dia akan nangis, dan nangisnya tulah yang tak tahan..meleret-leret. Lagi dipujuk lagi kuat.huhu.Sebelum ayah naik angin, biar la umi je yang jadi tarzan dan hulk hogan.
Nani pun kadang2 selalu hilang sabar klu Iman tak buat perangai,jadi tarzan jap.tp mmg tak jalan la klu kita slalu jerit2 marah anak,kena guna pendekatan yg lebih berhemah...he3.Klu dgn Iman,mmg tak blh berkeras sbb dia akan lebih memberontak,so mmg kena slow talk gak.
bertegas dgn anak ni ada hadnya,sbb pada umur mcm ni dorg hanya ingat MAIN,MAIN,MAIN je kan...
terima kak munira..
suka sgt entry ini..
Ya Allah mmg menguji kesabaran bila dgn aufa.mcm2 perangai kan..
kdg2 termarah juga.hilang sbr.pastu regret betul..rasa nak print je entry ni..takmo mrh2 dah..huhu
munira, bagusla entry ni...
kadang2 geram ng keletah raina,lg2 penat blk keje...
tp die just nak perhatian kite kan :)
thanks munira!
Post a Comment