Cerita Tentang Cloth Diapers
Feb 23, 2012
lamanya tidak berbicara soal 'natural parenting'. iya..natural parenting!
susu ibu,baby sling dan juga cloth diapering.oh, cloth diapers!lampin kain moden.
iya..lampin ini sungguh moden kini.
siapa sangka zaman kini kita mampu memakaikan anak dengan lampin kain yang bercorak 'tentera'
baby nur ingin menjadi askar pada hari ini ;)
oh. saya semakin gemarkan lampin kain ini.corak nya yang pelbagai dan daya serapan CD kini semakin bertambah baik.
hakikat ini harus saya akui kerana zahraa pernah memakainya tiga tahun dahulu.eh sudah tiga tahun berlalu ya.
saya pernah membeli lampin kain LUNATOTs di awal-awal kemunculannya.iayanya seakan CD CoolaBaby.namun kini warna dan bentuk nya sudah berubah ya.
*dan harganya juga berubah kan?hehehe*
oh lunatots juga sudah mengorak langkah jauh kehadapan!congrate sue..
saya kagum dengan keupayaan anda membuka tujuh errrr lapan cawangan.
eh saya sudah ke laut :)
alhamdulillah, baby nur sudah hampir sebulan dengan CD siang dan malam.
penggunaan siang dan malamnya adalah sama.
hanya dengan satu insert sahaja. jika zaman aisya nur dahulu, insertnya harus di masukkan dua untuk penggunaan malam.kini, satu sahaja sudah berupaya untuk menyerap 'pee-pee' si kecil ini.
ohh, kan saya kata teknologi ini bertambah baik.
penjimatan untuk hampir sebulan ini mungkin tidak begitu ketara.
namun sudah lihat sedikit perbezaannya..
jika dahulu berkemungkinan dua pek besar DRYPERS untuk baby nur
namun kini saya hanya menggunakannya setengah pek sahaja..atau satu perdua.*eh*
kerana..saya masih tak mampu untuk berCD ketika keluar 'bergumbira' di luar *read as shopping*
dan kalau di kira secara matematik mudahnya..
sekeping DD Drypers adalah berharga RM0.38.dan penggunaannya adalah purata lima kali sehari.
dan saya darabnya dengan 20 hari.
RM0.38 x 5 x 20 = RM38
eh , saya sudah berjimat RM 38 dalam masa 20 hari ini.
ohhhh mommy sudah terbayang-bayang tudung baru ni :)
eh duit ini kalau disimpan lebih baik kan?hehehe
ohhh saya catatkan semuanya kerana ianya akan di claim nanti, kan incik suami *kerling-kerling*
penggunaan Cd tidak mudah dan tidak terlalu susah,
tidak mudah kerana ianya harus di basuh, di jemur, di lipat dan di letakkan insert kedalamnya..
eh rutin ini seperti kita membasuh baju hari-hari.samakan?
dan ianya tidak juga susah
kerana pemakaiannya seperti normal DD sahaja.dan kekerapan tukarannya juga seakan sama.
kan mudah..
namun ianya akan jadi lebih mudah apabila CD ini berjumlah min 20 keping *seperti yang saya ada sekarang *
ohhh sungguh mudah kerana rendamkan ianya selama dua hari,
kemudian basuh menggunakan washing machine
dan jemur seperti biasa.
sungguh mudah berbanding zaman zahraa yang kekurangan CD ini.
eh saya merendamnya bukan bermakna saya *kurang rajin* untuk membersihkannya pada hari itu..
tetapi kerana daya serapan CD akan bertambah serap jika insertnya di rendam lebih lama
dan bau *pee-pee* nya juga akan berkurangan.
oh bebelan ini semakin panjang.dan saya harus menyudahkannya.sekian.
10:39 AM
|
Labels:
Nouha,
Parenting Tips,
Sharing
|
This entry was posted on 10:39 AM
and is filed under
Nouha
,
Parenting Tips
,
Sharing
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





1 comments:
hi sarjan nur..=)
i'm a cd-ing mummy too..
Post a Comment