Saya Bimbang
tiba-tiba saya rasa stress.dan saya rasa bimbang.dan kebimbangan ini memberi tekanan dalam diri saya.
susu ibu mengering sedikit dari sebelumnya
dan waktu-waktu ini pula si kecil nur sememangnya 'bertambah-tambah waktu makannya.
ohh susu saya semakin mengering dan saya mula bimbang!*mundar- mandir*
anak taknak tidur lena.sekejap tidur dan kemudian terjaga dan kemudian masukkan tangan ke dalam mulut.
sambil mengunyah-nguyah tangan itu. *sedih mama tengok nak!*
dan saya terus buatkan bubur nasi , tapi makannya dua suap sahaja.
cuba juga jus epal, tapi tetap tolak juga.
blend kentang rebus..tak mahu juga di telannya.
cuba puri carrot, pun si kecil ini menolak.
ohh saya memang rungsing!
silap saya juga bila makan tak di jaga..
makan minum tak tentu masa.minum kafien 'berganda-ganda'.dan waktu mengepam pun suka skip-skip aja.
dok terasa stok susu masih banyak dan cukup untuk sebulan dua, maka sesi mengepam pun di kurangkan.
dan bila susu dah kering mulalah hati runsing.huhuhu.
mulalah hati berhasrat nak ke kedai beli susu tepung biasa.
dan mula lah berfikir macam-macam
start balik ler google segala info kat website
dan jengah juga entri yang pernah di buat..
petua menambahkah susu ibu.
maka gigihlah hari ini menukar menu, semua benda nak di jamah serentak.huhuhuhuhu.
sarapan pagi, milo plus oat, roti celet marjerin, nasi lemak sebungkus
tengahari, nasi putih, sup sayur sawi plus kentang plus kucai plus carrot, air soya dan madu dan carrot susu.
dah terasa nak telan semuanya.huhuhu.
1. Adik-beradik ikang sardin
2. Carrot susu
3. Buah kurma
4. Buah pisang
5. Air madu
6. Air longan @ mata kucing
7. Rasberry cheese kek
8. Air Soya
9. Tauhu goreng & tempe goreng
10. Roti celet planta
11. Air milo + oat
12. Air 100 plus
13. Lobak putih
14. Tuna sandwish
15. Bayam tumis air
16. Ikan tenggiri masak tauchu
17. Daun kucai
18. Sayur Sawi
19. Kentang rebus
20. Kuah kacang ( makan dgn satay)
21. Sayuran kekacang yang dikukus atau masak
22. Ulam pegaga
23. Tempoyak & durian ( pekatkan susu)
24. Minuman tambahan Al-Syaffi (kurma + kismiss)
25. Sambal kering ikan bilis + tempe
26. Sup petola
semoga Allah terus memberi 'kemurahan rezeki' kepada saya.dan
semoga niat saya untuk menyusukan baby nur sehingga usianya dua tahun di permudahkan.amin.
dan apabila saya baca entri prof. kamil, kebimbangan saya sedikit berkurang..
yang bertambah-tambah adalah INSAF pula.huhuhu.





2 comments:
salam....semoga berjaya. Amin
Salam...saya pernah alami situasi itu masa anak sulung...berdoa..berdoa..dan terus berdoa..itu saja senjata saya. Waktu tu saya tiada akses internet di rumah utk cari ilmu tambah susu..pulak tu surirumah. Alhamdulillah pengalaman tu benar2 berharga !
Post a Comment