Selamat Berhujung Minggu

Feb 4, 2012

saya demam.setelah anak-anak baik dari demam.
niat untuk berjalan-jalan mungkin terpaksa di lupakan seketika.

baby nur sudah baik dari demam dan batuk yang berpanjangan.
seminggu berjaga malam kerana nur terkokol-kokol batuknya *err kokol-kokol kah?*
sedih dan hiba bila nak kecil sakit sebegitu.
dan selepas 'nabulizer', batuk berkahak itu sedikit berkurangan.alhamdulillah.

maulidul rasul sudah tiba dan saya gembira beraktiviti dengan anak-anak
menerapkan sedikit informasi berkaitan Rasulullah kepada kakak..
cuma masih tak sempat untuk upload semuanya.

saya ketinggalan berita-berita dari blog kawan-kawan.
oh seminggu melupakan aktiviti ini..dan terasa jua hidup ini 'sunyi' hehehe
rindu juga dengan celoteh 'isabelle' hari-hari..
dan update yatie comeyl yang memang di tunggu-tunggu
eh banyak lagi yang saya rindu!

eh minggu depan adalah ulangtahun perkahwinan saya.
itupun incik suami yang ingatkan :)
urat sudah terputus banyak barangkali, sebab itu mudah lupa.
dan saya merancang sesuatu yang istimewa ;)

0 comments:

    Search This Blog

    Loading...