Cerita Sekolah : Part 3

Mar 1, 2012

oh.semalam dan semalam dan semalam aisya nur tidak memakai tudung ke sekolah
rambut 'ikat tepi' membuatkan aisya nur nampak cantik *katanya*
dan ramai yang memuji.ramai itu adalah cikgunya dan rakan-rakannya.
dan kerana itu, tudungnya pula hilang entah kemana.
ohh mommy harus tekankan 'aurat itu bukan boleh di tutup sekejap-sekejap' 
haish kanak-kanak!pantang orang puji cantik, itulah yang akan di ingat..
errr tapi, saya rasa anak saya lebih cantik bila bertudung ye :) *ohh ini perasan sendiri*


dan ini school bagnya...
oh sungguh senang untuk saya mengecam itu adalah anak saya.
'mencari kelainan itu sebenarnya memudahkan urusan kan?'
dan saya sudah jatuh cinta dengan SKIP-HOP bag!
dan jika ada untuk yang dewasa harus juga saya membelinya...
eh , aisya nur request 'bee bag' untuk si kecil nur pula..



'peace' sebelum masuk ke sekolah.
ohhh anak gadis ini tak perlu di suruh untuk kesekolah..
dan tak perlu di sogok dengan 'gula-gula' dan sebagainya..
hari pertama kesekolah, anak gadis ini sudah menegaskan "momma baliklah..ini sekolah kakak tau, bukan sekolah momma"
ohhhh..hari pertama anak yang lain menangis dan memohon mommanya teman, namun anak gadis saya 'menghalau' saya pulang.

2 comments:

yatie chomeyl said...

cantek beg zara..kellas zara, siap halau mommy balik

isabelle said...

hahaha.
momma balik la...
siap kena halau tuuu

    Search This Blog

    Loading...